Assalamualaikum semua..hari ni saya nak share kebaikan susu ibu..as a mommies kita wajib tau yang susu ibu adalah hak anak2..kita perlu berusaha untuk bagi yang terbaik untuk mereka.seperti saya..saya mengamalkan vitamin shaklee untuk kesihatan saya.. so bila kita sihat pengeluaran susu pun berjalan lancar..jom baca dulu...
“Dan Kami
wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu
dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat
kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Terdapat
banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan
penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi
sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan
sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun
kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon
yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus
(gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan
makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan
pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
Kajian
terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang
pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu
untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang
disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar
di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan
membunuhnya”.
Manusia berusaha untuk mencari cara melawan
kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun
Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan
penyakit berbahaya ini.
Satu lagi penelitian yang
dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi
yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu
yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang
disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk
mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi
anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk
seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana
kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam
Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan
saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.
Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
>>
Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu
mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal.
Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut.
Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika
mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah.
Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan
dimana-mana dan bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah
khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat
mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient,
protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang
setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan
dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan
anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai
bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya
seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan
anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan
firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak
1.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat
kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6.
Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit,
maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan
Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.
wallahu’alam….
Susunan HasnulHadiAhmad.Com
hari hari saya berdoa agar susu saya kan cukup untuk bayi saya..saya teringin sangat untuk menyusu adeeb sehingga 2 tahun setengah..sebab masa bangnya dulu sehingga setahun 8 bulan sahaja saya menyusu sebab lepas tu dia dah refuse untuk menyusu..mungkin sebab time tu saya dah pragnant tuk 2nd baby..
apa yang saya amalkan seperti di bawah ni..
Puan Siti najihah (mommyG)
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 907951]
0193452538 | jeehashaklee@gmail.com
COD AREA BANDAR BARU BANGI, KAJANG, SERDANG, PUTRAJAYA, SEREMBAN, SENAWANG, REMBAU