Saturday 27 July 2013

iftar at Bangi Golf Resort with my shaklee idol...

Assalamualikum...lambat skit update buke puasa kat BAngi GOlf REsort hari RABU hari tu...alhamdulillah rezeki dari ALLAH sebab nanny cerry yang belanje kami satu family..alhamdulillah. ..kat BGR tu hidangan buffet dia macam2 ade..dari masakan tradisional sehingga la western...saya tentu la amik nasi n spegati carbonara tuk abang aqil...

alhamdulillah habis la sepinggan dia makan...banyak tu saya amik sbb malas nak ulang beratur tuk tambah...
so jom kite layan gambar malam tu...gambar makanan tak sempat snap sebab bz hek dengan budak2...

Abang aqil dengan uncle bob

Smpt gak la snap ngan abang aqil

My family shaklee..luv them all..

so after makan2 tu terus la telan lechitin dan alfalfa tu maintain berat k...


Puan Siti najihah (mommyG)
Shaklee Independent Distributor
 [ID No : 907951]
0133378669

FB : Siti Najihah

Tuesday 23 July 2013

how to be a good blogger..from redmummy...

hye dan selamat tengahari semua..hari ni rase lemau sangat..tak tau la knp..mungkin sebb takde bonus kot tahun ni..hikhik..but anyway bersyukur dah dengan ape yang Allah swt dah bagi setakat ni..alhamdulillhah..semoga Allah limpah gandakan lagi rezeki..sebab semua rezeki datang dari Allah swt...

Act hari ni saya nak share skit petikan dari redmummy.com...atrikel ni berkenan dia menasihati blogger2 baru macam saya ni..sgt informatif kan...so jom layan..

Nasihat Redmummy Buat Blogger Baru

Fikir-fikir nak ada blog? Pastikan nama blog tak susah nak sebut. Cari yang simple yang menggambarkan identiti korang. Nama blog yang mudah, beri kelebihan untuk orang ingat dan jaja nama blog anda dari mulut ke mulut. Kalau dah susah .. camner? nak kena tulis atas kertas la pulak kan. 
Kalau buat entri, buat dengan gaya bahasa sendiri. Jangan copycat sebabnya nanti bila ada orang yang tersedar bahawa entri anda cuma copycat, maka mereka tidak akan lagi suka membaca entri anda. Buat entri mengenai diri anda lebih baik dari buat entri hasil penulisan orang lain. Tambahan lagi, dengan copycat, ia tidak akan membantu anda untuk menjadi seorang blogger yang baik.

Lakukan blog hopping atau sekarang ni … blog walking. Kita ingin blog kita dikenali, maka kenali dulu blogger lain, caranya mudah. Blog hopping dan komen pada entri2 yang blogger lain buat, agar kita saling mengenali. Buat sampai …bila nama kita terpacul je di ruangan komen blog orang lain .. ohh dah kenal. Bukan setakat tuan punya blog je kenal, malah blogger lain yang datang singgah juga akan kenal. Simple. Lama-kelamaan … akan ada rasa ingin tahu siapakah anda yang kerap kasik komen ni. Dan blog anda bakal menjadi rujukan.

Kalau buat entri, pastikan bukan entri yang mengadu-domba. Entri yang bersifat batu api yang suka melaga-lagakan antara sesama bloggers adalah entri yang harus dijauhkan. Tak perlu hentam blogger lain atas apa jua sebab sekalipun – cara pakaian, cara berblog, cara bervlog dan seumpamanya. Ia akan jejaskan kredibiliti diri sendiri dan menampakkan ketidakmatangan kita sebagai seorang blogger (walhal baru nak belajar!).
 

Bila dah mula ada blog, bersedia untuk dikecam, bersedia menerima kritikan. Komen-komen tentu ada yang tak kena dengan selera anda, maka harus tebal hati menerima seadanya. Jika tak kuat, maka semangat akan luntur dan keasyikan berblog juga akan hilang.

Jangan buat entri time anda sedang marah, kerana entri dengan rasa marah akan menjadikan entri anda berbau hasutan, entri anda jadi tunggang langgang dan ia pasti akan mengundang perkara tidak elok. Simpan perasaan marah anda atau setidaknya kawal dengan sebaiknya bila berblog.
Awas. Bila berblog bukan semua perkara kita boleh share kepada pembaca. Hadkan entri anda atau buatkan satu batasan tertentu agar tidak semua maklumat didedahkan kepada pembaca2 blog anda. Kena bersikap waspada takut kemudian hari akan ada yang salah gunakan maklumat yang anda berikan dalam entri di blog anda.  
haaaaaaaa...bestkan...jom kita menjadi blogger yang terbaik okehh...layannn



Puan Siti najihah (mommyG)
Shaklee Independent Distributor
 [ID No : 907951]
0193452538 | jeehashaklee@gmail.com
COD AREA BANDAR BARU BANGI, KAJANG, SERDANG, PUTRAJAYA, SEREMBAN, SENAWANG, REMBAU

Monday 22 July 2013

Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu Bukti Kebenaran Al-Quran

Assalamualaikum semua..hari ni saya nak share kebaikan susu ibu..as a mommies kita wajib tau yang susu ibu adalah hak anak2..kita perlu berusaha untuk bagi yang terbaik untuk mereka.seperti saya..saya mengamalkan vitamin shaklee untuk kesihatan saya.. so bila kita sihat pengeluaran susu pun berjalan lancar..jom baca dulu...


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.

Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
>>  Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal.
Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut.
Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”


Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

wallahu’alam….
Susunan HasnulHadiAhmad.Com

hari hari saya berdoa agar susu saya kan cukup untuk bayi saya..saya teringin sangat untuk menyusu adeeb sehingga 2 tahun setengah..sebab masa bangnya dulu sehingga setahun 8 bulan sahaja saya menyusu sebab lepas tu dia dah refuse untuk menyusu..mungkin sebab time tu saya dah pragnant tuk 2nd baby..
apa yang saya amalkan seperti di bawah ni..




Puan Siti najihah (mommyG)
Shaklee Independent Distributor
 [ID No : 907951]
0193452538 | jeehashaklee@gmail.com
COD AREA BANDAR BARU BANGI, KAJANG, SERDANG, PUTRAJAYA, SEREMBAN, SENAWANG, REMBAU

ESP, PERFORMANCE DRINK dan MEALSHAKE membantu saya berpuasa walaupun menyusukan..

Assalamualaikum..dah lama rasanya saya tak berkongsi dengan anda semua..hari ni dah masuk hari ke 13 kita berpuasa..alhamdullillah..saya masih mampu untuk berpuasa walaupun masih menyusu anak saya yang umur 1 tahun 3 bulan...lately saya sangat sibuk dengan kelas pelajar saya..pitching idea..writing script ..dan tak lupa juga pelajar 3D maya saya..diorg tagihkan lab yang dah sempurna..harap2 minggu ni dapat la saya masuk lab..ok dah melalut plak...act saya nak cerita mengenai diri saya dan set mighty 3 gems ni...sepanjang puasa mmg saya wajib amik set ni...tappppppiiiiiiiii korang semua nak tahu..

pada puasa ke 7 tak silap saya..saya terskip tak sempat amik mighty 3 gem..sempat minum air putih je..Kalau korang nak tahu lainnn sgt rase bile tak amik set ni..HAUS!!!sangat!!..walaupun time tu baru pukul 10 pagi!!..ya Allah menyesalnye saya rase...tapi saya keep berdoa semoga saya mampu tuk hadapi hari tu..alhamdulillah..saya puasa penuh hari tu..so disebabkan tu saya nekad untuk wajib amik set mighty 3 gem ni setiap hari..selain tuk kekalkan tenaga ianya kurang rasa lapar..so leh turunkan berat badan kita..hubby saya pun wajib amik..lain katenya kalau puasa dengan mighty 3 gem ni..badan rasa moit je..tak kering..haaaa...


ini la set mighty 3 gem yang wajib untuk keluarga saya..
berminat boleh dapatkan dari saya..



Puan Siti najihah (mommyG)
Shaklee Independent Distributor
 [ID No : 907951]
0193452538 | jeehashaklee@gmail.com
COD AREA BANDAR BARU BANGI, KAJANG, SERDANG, PUTRAJAYA, SEREMBAN, SENAWANG, REMBAU

Sunday 14 July 2013

puasa hari ke-5..alhamdulillah masih lagi bertenaga...

Assalamualaikum semua..ape khabar..macamane puasa setakat ni..?alhamdulillah masuk puasa hari ke lima ni saya masih mampu untuk berpuasa penuh walaupun masih menyusukan dak DEEB...masih teringat last yer saya mampu berpuasa penuh walaupun fully breastfeed..so tahun ni saya bertekad untuk berpuasa penuh gak..sebab tu la saya mengamalkan minum mighty 3 gem yang mengandungi ESP,PERFORMANCE DRINK dan MEALSHAKE. .ketiga2 produk shaklee ni mng best.saya san husband wajib minum untyk tingkatkan tenaga dinhulan puasa selain mengekalkan bendalir dala badan..so kita akan kurang rase haus..syokk kan..kat bawah ni gambar mighty 3 gem yg saya amalkan..

So siape yg berminat boleh terus sms atau wassap saya ok..harga saya tawarkan..

Puan Siti najihah (mommyG)
Shaklee Independent Distributor
 [ID No : 907951]
0193452538 | jeehashaklee@gmail.com
COD AREA BANDAR BARU BANGI, KAJANG, SERDANG, PUTRAJAYA, SEREMBAN, SENAWANG, REMBAU

Thursday 11 July 2013

..adakah selamat ibu hamil berpuasa??...

Assalamualaikum...
mommies yang hamil sihat?
mommies yang tak hamil sihat ke tak?
sudah bersedia untuk hadapi bulan puasa?
jom kita lihat adakah selamat ibu hamil berpuasa..
 

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?
 
Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.

Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  •     Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan  didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  •     Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  •     Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.

Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:
  •     Peringkat kehamilan. Biasanya wanita hamil yang dalam trimester kedua paling kuat bertahan.
  •     Kesihatan anda sebelum kehamilan dan samada terdapat sebarang komplikasi semasa hamil.

Bagaimana dengan wanita-wanita lain?
  • Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa.
  • Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu.
  • Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.

Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?
  • Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. 
  • Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?
  • Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  •     Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  •     Anda loya atau mula muntah.
  •     Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda           tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda              menghubungi doktor anda.
  •     Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan       berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  •     Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  •     Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  •     Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?
Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  •     Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  •     Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  •     Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh         menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  •     Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda                        tentang                bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  •     Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?
 
Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.

credit to : babycenter




Puan Siti najihah (mommyG)
Shaklee Independent Distributor
 [ID No : 907951]
0193452538 | jeehashaklee@gmail.com
COD AREA BANDAR BARU BANGI, KAJANG, SERDANG, PUTRAJAYA, SEREMBAN, SENAWANG, REMBAU

Wednesday 3 July 2013

..GLA betulkan semual hormon..period datang selepas berbulan menyepi!!!..Alhamdulillah..


Assalamulaikum..semua..dan selamat pagi
alhamdulillah ni hari kedua bekerja after cuti panjang..
but hari ni hari tuk reg master kat UKM..doakan kejayaan saya ye semua..
sebelum ke UKM saya nak share Testimoni HEBAT dari Kak Ros!!..my beloved customer merangkap sister kat kolej ni..
sebelum ni kak ros just amik GLA ..dia amik GLA sebab nak regularkan balik
hormon die yang tak berapa betul selama ni means that nak regularkan balik
period die.. 

After consume GLA period dia dtg normal sebelum ni macam zaman anak dara..darah yng keluar pun merah je katenya..n badan dah rase segar je..after tht dia mintak nak tmbah esp, herb lax n lecithin untuk tuunkan berat bdan...last dia bgtau yang kulit dah rase makin gebuss n cerah gitu..alhamdulillah..seronok sgt dngar kan...

 peneman setia khusus untuk waniata

So sape yang ingin mencuba boleh contct saya..

CALL SMS WHATS APP 0133378669
COD AREA BANDAR BARU BANGI KAJANG SERDANG SEREMBAN SENAWANG DAN REMBAU

Puan Siti najihah (mommyG)
Shaklee Independent Distributor
 [ID No : 907951]
0133378669 | jeehashaklee@gmail.com
Fb:Siti Najihah