Tuesday 23 July 2013

how to be a good blogger..from redmummy...

hye dan selamat tengahari semua..hari ni rase lemau sangat..tak tau la knp..mungkin sebb takde bonus kot tahun ni..hikhik..but anyway bersyukur dah dengan ape yang Allah swt dah bagi setakat ni..alhamdulillhah..semoga Allah limpah gandakan lagi rezeki..sebab semua rezeki datang dari Allah swt...

Act hari ni saya nak share skit petikan dari redmummy.com...atrikel ni berkenan dia menasihati blogger2 baru macam saya ni..sgt informatif kan...so jom layan..

Nasihat Redmummy Buat Blogger Baru

Fikir-fikir nak ada blog? Pastikan nama blog tak susah nak sebut. Cari yang simple yang menggambarkan identiti korang. Nama blog yang mudah, beri kelebihan untuk orang ingat dan jaja nama blog anda dari mulut ke mulut. Kalau dah susah .. camner? nak kena tulis atas kertas la pulak kan. 
Kalau buat entri, buat dengan gaya bahasa sendiri. Jangan copycat sebabnya nanti bila ada orang yang tersedar bahawa entri anda cuma copycat, maka mereka tidak akan lagi suka membaca entri anda. Buat entri mengenai diri anda lebih baik dari buat entri hasil penulisan orang lain. Tambahan lagi, dengan copycat, ia tidak akan membantu anda untuk menjadi seorang blogger yang baik.

Lakukan blog hopping atau sekarang ni … blog walking. Kita ingin blog kita dikenali, maka kenali dulu blogger lain, caranya mudah. Blog hopping dan komen pada entri2 yang blogger lain buat, agar kita saling mengenali. Buat sampai …bila nama kita terpacul je di ruangan komen blog orang lain .. ohh dah kenal. Bukan setakat tuan punya blog je kenal, malah blogger lain yang datang singgah juga akan kenal. Simple. Lama-kelamaan … akan ada rasa ingin tahu siapakah anda yang kerap kasik komen ni. Dan blog anda bakal menjadi rujukan.

Kalau buat entri, pastikan bukan entri yang mengadu-domba. Entri yang bersifat batu api yang suka melaga-lagakan antara sesama bloggers adalah entri yang harus dijauhkan. Tak perlu hentam blogger lain atas apa jua sebab sekalipun – cara pakaian, cara berblog, cara bervlog dan seumpamanya. Ia akan jejaskan kredibiliti diri sendiri dan menampakkan ketidakmatangan kita sebagai seorang blogger (walhal baru nak belajar!).
 

Bila dah mula ada blog, bersedia untuk dikecam, bersedia menerima kritikan. Komen-komen tentu ada yang tak kena dengan selera anda, maka harus tebal hati menerima seadanya. Jika tak kuat, maka semangat akan luntur dan keasyikan berblog juga akan hilang.

Jangan buat entri time anda sedang marah, kerana entri dengan rasa marah akan menjadikan entri anda berbau hasutan, entri anda jadi tunggang langgang dan ia pasti akan mengundang perkara tidak elok. Simpan perasaan marah anda atau setidaknya kawal dengan sebaiknya bila berblog.
Awas. Bila berblog bukan semua perkara kita boleh share kepada pembaca. Hadkan entri anda atau buatkan satu batasan tertentu agar tidak semua maklumat didedahkan kepada pembaca2 blog anda. Kena bersikap waspada takut kemudian hari akan ada yang salah gunakan maklumat yang anda berikan dalam entri di blog anda.  
haaaaaaaa...bestkan...jom kita menjadi blogger yang terbaik okehh...layannn



Puan Siti najihah (mommyG)
Shaklee Independent Distributor
 [ID No : 907951]
0193452538 | jeehashaklee@gmail.com
COD AREA BANDAR BARU BANGI, KAJANG, SERDANG, PUTRAJAYA, SEREMBAN, SENAWANG, REMBAU

1 comment: